Blog's Follower

Maafkan kami

Assalamualaikum,

Hello and apa khabar semua? Sihat? Entry aku kali ni agak personal tapi memberi pengajaran pada semua. So ambil lah masa korang utk membaca. Macam semua orang, student kat IPTA or IPTS lain, semua org akan ada favourite lecturer masing-masing kan? Aku ada, dua org lecturer perempuan nama Cik Izza dgn Cik Sari. Tapi entry kali ni berkaitan dgn Cik Sari.


Lokasi : Kelas AVA 1
Tarikh : 17 Jun 2011
Waktu : 5-6 petang

Kelas bising sgt, org cakap sana sini, ada yg datang lambat sebab masalah teknikal. Suasana yg terlalu rimas bagi aku. Waktu tu aku dalam kelas tengah dengar Cik Sari bincang tentang History of Art, which is important subject to me. Subjek ni byk mengajar tentang meaning and value sesebuah art. Aku leka, online facebook waktu tu. Tiba-tiba aku teringat nak bayar duit buku, so aku minta tlg member aku pass duit kat bendahari kelas. PAPP!

"Ye AQEELA(nama aku) ada masalah apa kat belakang tu?"
"Errr, takde apa Cik"
diam......
dia teruskan pengajaran.

Then ada 2 orang classmate aku pergi toilet, agak lama maybe around 7-10 minutes. I don't know what they actually doing but who cares. Bila mereka berdua masuk, Cik Sari mula marah and bertanya kat kelas, kenapa kitorang ni macam susah nak pay attention dalam kelas.

Cara dia marah buat aku rasa takut sangat. Bukan sebab dia garang sangat tapi sebab dia tu terlalu baik and tak pernah marah. Ada ayat dia kadang2 menyentuh perasaan aku.

"Apa lagi yg perlu saya lakukan utk buat kelas ni jadi interesting?"
"Apa yg awak harapkan bila saya mengajar?"
Aku serba salah, bagi pihak kawan-kawan yg lain. Aku serta merta angkat tangan konon macam nak jawab soalan dia. Dengan hati aku yg kencang berdegup,....
"Cik Sari, apa yg saya nak cakapkan ni bagi wakil satu kelas ni... Saya nak minta maaf kalau kami ni kasar, kurang hajar, banyak main dalam kelas...."
"Mungkin kami tak sedar lagi, kami leka sebab kami tahu kelas Cik Sari ni relaxing and enjoy"
Hatiku terus berdebar-debar, setiap patah perkataan makin susah utk aku cakap...
"Tapi saya janji, kami takkan buat lagi, kami akan cuba berubah....."
Habis, tapi debaran di hati tetap ada and then Cik Sari tanya kat kelas,
"siapa yg sanggup ikut Aqeela utk berjanji?"
Semua angkat tangan and within seconds, airmata aku jatuh, aku tak dapat tahan, aku terus keluar and menangis luar kelas, first time aku rasa macam ni. Mungkin sebab dulu waktu sekolah rendah, ada seorang ustazah ni menangis kerana kedegilan and kenakalan kitorang. And aku respect elders, of course my Mama and Ayah, sekali pun tak pernah tinggikan suara and Cikgu/Lecturers.
Hidup ni sekejap je babe. Kita kena ingat, if lah Cik Sari tadi tinggalkan kelas waktu dia marah tu, and something bad happen, sempat ke aku nak minta maaf kat dia? sempat ke aku nak minta dia halalkan semua ilmu dia dah kongsi?
Aku dah rasa kehilangan org yg aku sayang, bila aku tak sempat nak jumpa dia, nak reply messages dia yg terakhir tu, aku tak nak penyesalan tu tumbuh lagi dalam hati aku. Aku nk terus berani buat apa yg aku nak, aku bertanggungjawab dgn segala benda aku buat. Pls hargai apa yg ada ni, jangan tahu ada tapi tak pernah sedar tentang kehadiran dia.


No comments: