Blog's Follower

Gadget Kamera

Hello people and not forget ASSALAMUALAIKUM! Apa khabar semua? Sihat? Alhamdulillah. Okay, sorry for absentees for a few days, blogger pun ada problem :) Today, i wanna talk about camera's gadgets. Yes! But before that, Tedd dengar ada readers cakap Tedd ni berlagak pandai dalam soal kamera. Uhm, actually, bukan nak berlagak pandai tapi just nak sharing knowledge. Korang juga dapat benefit kan?


There a manytypes of gadget or accessories that can be useful for us in photography field. Tapi aku nak cerita 3 gadget sahaja! Sorry, aku takkan cakap dengan details specification item ni sebab belum tentu faham and korang nak baca. So let it be simple ok? If ada yg nak tanya apa-apa about item ni, just leave comment or contact on FB yeah!
  • Flash / Speedlite - Seperti yg korang tahu, speedlite atau flash adalah alat yg membantu menambah cahaya. Mesti korang tertanya-tanya kan? Kalau dah ada flash kat kamera, kenapa kena beli flash besar tu. Ok, actually, cahaya yg dihasilkan dari pop up flash tu tak berapa membantu. Kalau ada flash, senang nak buat teknik CLS, or effect lighting lain ke. Ada banyak jenama speedlite ni , Sunpak, Cybertik, Sunblitz, Young Nuo, Nissin, Nikon, Canon, Vivitar, and many more people!
  • Battery Grip - Batt grip ni kebiasannya digunakan kalau kita ada aktiviti yg memerlukan tenaga kamera yg banyak such as wedding, outdoor photoshoot, nature and others. Ada juga sesetengah orang yg beli batt grip untuk jadi pemberat kamera mereka. Tak Salah! Ini akan memberikan imbangan yg sempurna tanpa rasa gegar. Ha, lupa nak bagitahu, batt grip ni boleh menampung 2 set bateri kamera anda. Tetapi, batt grip bukanlah gadget yg aku rasa penting sebab tanpa 2 biji bateri pun, kamera kita boleh tahan seminggu kan? Hahaha.

  • Lens - Favourite aku and salah satu pemacu utama sesebuah kamera iaitu lensa! Yes. Kalau tak ada lens ni, korang nak shoot gambar pakai apa? Haaa kan! Ada banyak jenis lensa, antaranya Wide Lens, Tele Lens, Zoom Lens, Standard Lens, Fisheye Lens, Macro Lens, and Kit Lens. Lensa ini mempunyai fungsi yg tertentu (aku akan explain dalam post seterusnya) yg mampu menambah baik sesebuah teknik dalam gambar.

That's all from me on this post. Harap korang suka or tahu serba sedikit tentang gajet ni ye? Take care, much love from me, Tedd Hatter <3

Ada Beza Ke?

Hello, welcome to the post :) I'm Tedd Hatter! And hope you enjoy reading it yeah? Okay, tajuk post ni Ada Beza Ke? is referring to the variety type of the SLR!

As far as we know, SLR adalah salah satu kamera yg mampu menghasilkan bukan sahaja gambar berkualiti tetapi menepati kehendak pengguna kamera tersebut. Ha, hebat kan? Masalah yg saya nak kongsi bukan baru tapi dari dulu lagi dah menjadi isu besar.

Nikon VS Canon!



Which one the best? Yg mana ada kualiti? Yg mana sesuai? Yg mana hot brand?

Maybe benda macam ni yg selalu di ungkapkan pada orang yg memiliki SLR dan bakal memilik SLR sendiri. Betul tak? Eleh, jangan tipu sebab aku tahu lah, aku pernah cakap macam tu juga. Apa nak malu? Mengaku je. HAHA. Kan senang?

Macam ni lah, sebenarnya, Nikon and Canon, its the same. Sebuah SLR yg dilahirkan dari ibu yg lain, itu je. Macam laptop, ada yg beli HP, Dell, Acer, Lenovo, Sony and Samsung. MAcam tu juga dgn Nikon, Canon, Sony and Samsung. Tapi pernah tak korang terfikir yg benda ni cuma berbeza dari segi jenama and specs. Gambar yg berkualiti datang dari permainan seorang pengguna kamera itu sendiri. It's not camera whats important, its man behind the camera. Kalau lah korang pakai hp camera pun, boleh je buat gambar jadi cantik. Yg penting cara korang main dgn gadget korang.

Bukan dgn beli lens zoom 70-300, 55-250, 18-200, gambar jadi cantik! NO! Bukan beli wide lens 12-24 or 10-24, terus jadi bersei gambar tu, no friends. Itu cuma alat tambahan yg membantu korang utk shoot gambar, bukan gambar berkualiti. Hanya orang itu sendiri boleh memikirkan bagaimana nak jadikan sebuah karya tu berkualiti dan bernilai. Be the judge for your photos. Tak reti? Minta orang berpengalaman lama bagi komen kat korang ke. Pandai-pandai lah.

Dalam dunia photography ni, yg paling penting adalah ATTITUDE, EXPERIENCE, EXPLORE and GAIN KNOWLEDGE FROM OTHERS. Not bunch of company brands that decide that. Pada yg tak tahu, ada lagi jenama SLR yg lebih bagus kalau nak di ikutkan, Pentax, Mamiya, Leica, dan yg paling mahal utk dimiliki, Hasselblad. Mampu? Berpuluh ribu tahu.

Kalau pakai Hasselblad tapi tak reti manual setting pun, susah lah dik oi. HAHA. Belajar main manual setting lah, bukan AUTO je. Sampai bila nak maju cenggini? Thats it for now peeps. For more, do follow me ye? And and and, feel free to talk to me. On fb or comments. Saya makan ayam , bukan orang. Heee.

Kampung Halaman

Assalamualaikum and hello to *yawl out there! Its tedd again, and today i'm going to write about my mother's hometown at Sg Besar, Selangor. Does anyone know that place? Yes? Good! No? Then, errr google search lah ye? Okay, semalam aku dgn adik plus kakak plus my beloved mother balik kampung mama :) Ayah aku takde, dia pergi tengok orang main takraw kat Terengganu LOL ! Petang-petang kat sana memang agak panas kat sana. Kalau berdiri kat luar tu, memang kejap lagi macam baru balik jogging 20km. Rumput-rumput and pokok pun banyak mati. Nak dijadikan cerita, petang semalam mama aku rimas lah tengok pokok mati tu dan semak samun. Kemudian menebas lah beliau pokok-pokok tersebut bersama lalang (aku tgk je, malas lah haha).

5 minit kemudian, aku ambil kunci kereta and start kereta dah ni. Nak pergi beli ais dan air mineral. Maklumlah, susah cari air bersih kampung tu utk minum. Then, aku reverse kereta keluar dari parking dan aku nampak abu berterbangan kat tepi rumah. Hoh, maybe mama aku tengah bakar sampah. Then, hp mama tertinggal dalam kereta, aku keluar lah jerit-jerit panggil beliau. Tak muncul gak. Aku pergi belakang rumah, .....

HAH KAU!

API MENJULANG-JULANG!

Aku dgn secara otomatiknya pergi kat paip air, buka air kuat-kuat, pergi siram kat api tu. Cepat betul merebak sebab angin. Dah terpadam pun boleh terbakar balik. Then mak aku datang bawak air sebaldi, SIRAMMMM SURIRAMMM, haha! Kan? Boleh plak jadi bomba petang-petang ni. Mama ni kan? Nasib baik lah aku ada. Kalau tak, terbakar dah rumah tu. Haiyoo. Moral nya, kalau panas petang-petang, jangan bakar sampah, kita tidur je okay mama? HAHA.

People, last post, aku dah promise nak tolong cerita sikit about perbandingan jenama kamera kan? Okay, that will be coming soon. Just wait <3 If you like my blog, as usual, click follow on it! Heee :) I'll write better time by time ok. Help me improved!

Tentang DSLR yg perlu anda tahu


HAHA, hey people! Sihat? Well, harini aku nak bagi tips or maklumat tentang DSLR yg aku tahu and orang lain patut tahu, but first korang tau tak maksud DSLR tu apa? Yang dah tahu bagus lah, yg belum, ia bermaksud Digital Single Lens Reflex yg di improved dari FSLR. Okay, sebenarnya ramai pengguna DSLR yg tak tahu tentang sensitiviti DSLR ni. Aku akan explain secara ringkas biar korang senang faham okay!

  1. Shutter Count - Shutter count ni ringkasnya bermaksud seberapa banyak kali shutter korang tu telah ditekan. Bila shutter count dah limit, kamera korang tak akan berfungsi dan perlu lah ditukar. Tak apa korang kata? Macam ni, macam kereta juga, kena tukar minyak hitam bila dah capai limit tertentu kan? Macam tu juga dalam hal ni, korang jangan kata takpe, mahal tau! Harga dari RM300-700. Kalau mampu tak apa :) sebab tu ramai orang yg telah tahu tentang ini akan jimatkan shutter count mereka. Kalau kawan-kawan yg ada DSLR kedekut nak shoot gambar korang tu, faham-faham lah ye? HEHE
  2. Weather - Kulat atau bakteria adalah sejenis kotoran yg akan tinggal dan melekat di lens, atau body kamera dalam cuaca yg lembab. Sebab tu korang kena elakkan dari meletakkan kamera korang di dalam bilik berhawa dingin mahupun lembab. YES! Jangan pandang ringan sebab bila korang tinggalkan kamera korang dalam cuaca yg terlalu sejuk, kulat akan memulakan operasi mereka. Sebaik-sabaiknya letak rapi dalam beg :) Apa dia? macam mana nak tengok? okay, buka lens korang dari body, cuba tengok kat dalam tu, bagi Nikon, sila tarik pembuka aperture, kalau dah ada benda macam habuk tu, Itulah fungus! Kalau terlalu panas pun tak elok sebab ni akan menjejaskan sistem dalam body yg overheat especially bila korang letak dalam kereta. Getah pemegang lens juga akan mengembang dan terkeluar dari tempatnya, buruk lah nanti! Utk elakkan benda ini terjadi, simpan sikit duit beli drybox yer? tak mahal pun dalam RM300 dah dapat yg besar macam microwave.
  3. Camera Bag - Ok, yang ni pula, sebenarnya banyak kelebihan dia, bukan setakat utk simpan kamera or lens. Tapi kalau sesiap yg korang berkemampuan nak beli Drybox tu, boleh lah letak dalam beg ni elok-elok. Tolong biasa gunakan beg utk simpan kamera, jangan pegang, if kena ragut? if terlanggar? if tertumpah air? HA! time tu nak menyesal pun tak guna kan? Its much better if letak apa, tak rugi apa pun kan? aku paham korang nak berlagak sikit, hehe, tapi kat beg tu kan ada jenama? Nikon? Canon? Heee, kamera pun tak boleh terdedah dengan environment luar yg kotor, boleh buat kamera berhabuk.
Okay, tu je yg aku ada and nak share kat korang pasal sensitiviti kamera kali ni. Maybe lepas ni aku post tentang perbandingan jenama kamera DSLR ye? thanks for reading. If you love to read more, do follow me yes? i'll promise that i'll write better <3

Roomate

Post kali ni khas utk roomate aku di Kolej Tun Merah UiTM Lendu dari Julai 2010 hingga April 2011 iaitu Yana, Siti and Izzah :)

Hai semua, ni Tedd yg menaip :) Okay, macam yg korang dah baca dekat atas tu. YES, i'm actually leaving Tun Merah this semester. It's quite sad because i'll miss the level, the friends, and the environment. When i first came into that room, OMK (Oouh Mak Kau) it was like a big Katrina just came by, it was in mess, dirty, dusty and WORST, i have to sleep there alone for one week during my orientation week. Imagine that huh? LOL

Tapi tak apa, aku tak kisah sangat sebab aku dah selalu duduk rumah pun sorang-sorang. Masa senior dah balik dari cuti, aku rasa lega, ada lah jugak tempat nak berborak. Risau gak dpt yg alim ke yg kaki buli ke. Hahaha. Siti org pertama yg masuk, ayu orangnya macam nama dia jugak Siti Nurhidayu bt Md Salih. Then Izzah, masa Izzah masuk bilik, aku nak balik rumah cuti weekend. Huhuhu. So kenal-kenal macam tu je lah dgn dia and mak dia and kakak dia, Hoho. Baik, pendiam and lemah lembut.

Yg last masuk bilik, Yana. Garang doe tengok dia tapi cantik sgt. Alhamdulillah! Roomate aku sampai skrg ni masih baik aku. Aku syg dorang macam kakak-kakak aku. Siti and Yana ni sekelas and sekepala, kalau dorang ting tong sikit, silap haribulan, bergegar kolej aku sbb dorang ketawa sesama sendiri buat joke. Comel kan dorang? Izzah ni masa sem 1 aku masuk, dia diam, tapi bila jadi MT Level, kemain garang lagi kan? Heee, tapi Izzah ni memang baik hati, kadang2 suka pendam perasaan. Izzah, kau kalau sakit dada ke hidung berdarah ke, cepat-cepat pergi klinik ye? Sorry lah kau kena jalan kaki plak, aku tak selalu ada dah :(

Bagi aku, dorang ni byk membahagiakan hari-hari aku kat kolej.

Aku nak minta maaf if ada terkasar bahasa or terjerit kat korang. Korang baik, aku seronok duduk dalam bilik tu beb :') Sorry jugak time yassin level or bilik kita, aku akan selalu lesap entah ke mana. Apa-apa yg kau orang pernah ambil tak bagi tahu ke terambil ke aku dah halalkan. Tak ada sangat pun. Aku selalu takde kat bilik sbb busy buat kerja dgn kawan aku.
Aku nak doakan korang dapat result yg baik utk sem ni. Semoga korang berjaya sampai ke tahap tinggi and jumpa pasangan hidup yg sesuai. *Pssst, sorang semuanya single, ada sesiapa nak masuk line tak? HAHA.

Well, tu je cerita aku. Boring? takpe lah, ni utk kenangan aku satu hari nanti <3
Yana

Siti
    
Izzah