Blog's Follower

Aktiviti hari cuti

Okay, hari ini aku nak cerita apa yg aku buat waktu cuti sem ni, well life aku tak lah happening macam org lain. Keluar berjalan sana-sini semua. Aku banyak habiskan masa online, buat kerja rumah lagi, dan memasak lah! Tak percaya? percaya lah sebab aku memang pandai memasak. Okay, bila bangun pagi je, aku terus capai laptop  nak tengok info terkini pasal Facebook , sebab aku selalu join borak dalam GROUP, kelas aku je pun.



then , aku selalu menghadap website favourite aku lah, Mudah.my kat sini aku boleh dapat semua barang-barang secara online, even second hand, tetapi ada yg berkualiti dan dijamin tidak ditipu. Serious ni doee, haha. Aku selalu cari barang kamera, kereta, hotel, dan biasanya aku banyak serve pasal kereta sebab tak lama lagi aku akan ada kereta sendiri supaya senang lah nak bergerak kat area Melaka. tapi aku still fikir jugak nak pakai kereta apa.




hobi aku bila online is photo editing , tak kira lah gambar aku ke gambar siapa-siapa je, if aku rasa gambar tu ada potensi utk menjadi menarik , of course aku akan edit. aku bukan lah pandai sangat tapi aku buat editing ni banyak supaya dapat mantapkan lagi skill. Next sem dah subjek pun dah power-power. Aku sekarang guna photoshop CS3 je dan belum teringin lagi nak upgrade ke CS4 or CS5. Ni pun download online saje. Bukan trial version tapi extended version je. Aku tak reti guna photoscape or photoflex ke apa ke. Picnik pun dulu je guna before Photoshop ni. 




Ni salah satu contoh gambar yg aku edit. Gambar kawan aku, tak lah cantik tapi aku suka edit gambar ikut keadaan. Aku belajar editing banyak dari tengok karya yg terkenal dan menarik dalam youtube. Banyak tutorial yg ada dalam tu. Selebihnya, kita kena lah explore sendiri, tak boleh nak bergantung pada org lain. Nak tanya org boleh tapi sampai bila? Aku banyak jugak tengok contoh dalam flickr dan sumber inspirasi aku banyak datang dari lagu.





Macam gambar tangan tu, aku tengah dengar lagu Tilu-Ku bukan Aku. Petang dalam pukul 2 tak silap aku, aku pandang awan sambil dengar lagu tu. So, aku terus capai kamera, shoot gambar tu, rasa macam happy and funky sangat mood waktu tu. Tapi kan, bukan senang nak dapat cuaca cerah dgn awan putih gebu langit sejuk membiru :) Banyakkan lah explore benda-benda baru sebab nanti kita akan dapat hasil yg cantik dan lebih banyak kita dapat, banyak lah yg kita belajar secara tak langsung.





Apa itu Jurugambar

Apa maksud photographer or jurugambar? Is it sekadar membeli DSLR (Digital Single-Lens Reflex) dan ambil gambar? Berposing di tempat-tempat yg sentiasa menjadi laluan orang ramai, shopping mall, di semak-samun dan rumah lama? Menunjuk-nunjuk kamera dengan menggantung pada leher? Pakai beg berjenama Nikon atau Canon? Salah! Itu bukan cara yg sebenar.



Sebenarnya aku ni penuntut jurusan fotografi di UiTM Lendu Melaka. Aku melibatkan diri dalam bidang fotografi sejak awal sekolah menengah lagi. 2006, aku join kelab fotografi yg sekolah aku buat. Masa tu pakai kamera digital kompak Canon 5MP je. Tak lah mampu pakai mahal-mahal. Ingat lagi warna biru. Aku tak reti sangat bab shutter speed, ISO or aperture. Sebab masa pakai kamera tu, kan semua auto setting. So, aku terror bab editing pun sebab tengok macam mana org lain kreatif kan gambar mereka. PICNIK, PHOTOSHOP, banyak lah!



Masuk 2008, baru lah first merasa pakai DSLR itu pun sebab aku  jadi jurugambar rasmi sekolah. Memang lah bangga kan? Siapa je mampu masa tu nak pakai kamera macam tu? Susah, tak macam sekarang ni. Okay, the main point is, dulu kalau dapat pegang DSLR memang best, rasa macam kita dipilih untuk membuat gambar tu jadi menarik tapi sekarang ni lain. Kamera DSLR senang dapat, kawan punya lah , sedara punya lah, bang chik punya lahh. Apa semua. Haiihh. Second hand pun ada murah-murah. Nikmat dia dah tak terasa.



Okay, 15 March 2010, tarikh keramat. Bila aku dapat DSLR aku sendiri, syiookkk woo! Tak tidur malam semua sebab nak belajar guna kamera, tapi tak guna if tak baca buku manual :) Sikit-sikit aku belajar, tengok orang, tengok youtube semua, ALHAMDULILLAH, berbekal kan ilmu yg aku kecapi, aku sekarang boleh menggunakan DSLR secara manual atau pun auto :)
Aku cuma pakai Nikon D3000 Kit Lens, tapi lama lepas tu aku tambah battery grip dan Lens Sigma 70-300mm. Seronok memang seronok. Aku belum sepenuhnya memiliki apa-apa jenis speedlite, tapi lepas ni maybe aku beli Nikon SB600 dan Nikon D300s.



Sekarang aku still menyambung cita-cita aku utk mencorak dunia dgn seni yg indah. Dengan bantuan pakar-pakar, aku confirm satu hari nanti, aku berjaya sebagai PHOTOGRAPHER. InsyaAllah! Aku cuma nak pesan pada beginners lain, kita sama-sama lah usaha nak martabatkan nama photographer, bukan setakat show off ada kamera tapi setting tak tau apa. Kalau ada peluang nak sambung dalam bidang photography, jangan fikir banyak, ambil je. Photographer sekarang makin bertambah macam cendawan busut di musim tengkujuh. Bila kita ada skill, ada bakat, tapi takde kelulusan pun org takkan pandang. So think lah weh.


Seremban

   
   


Johor Bharu

Diploma Art Design in Photography

Aku sebenarnya dah tak nak banyak cakap, bosan. Sukahati kau lah nak berborak ape pun pasal aku. Jangan nak terasa sangat please? Aku datang UiTM ni dengan harapan dapat buat kawan yg ramai and mostly berjaya dalam course yg aku bawa ni. Aku almost tersesat sebelum ni. Nasib baik, aku berjaya jugak keluar dari dunia yg aku langsung tak nak kembali lagi. aku rasa seronok hidup sekarang. Aku betul-betul aim nak jadi yg TERBAIK lepas ni. DOAKAN LAH AKU YE!  ni sebahagian dari kawan-kawan aku kat kelas :) Mereka lah yg banyak melukis dan merwarna hidup aku sepanjang aku kat UiTM, Amir, Anep, Pengat, Silmi, you're the best brother i never had. Pija, Naf, Eyha, Zati, Ina, Rain, Baby thanks sangat ok :)

Orang kata lah kan

Orang kata kalau kita doakan yg buruk-buruk untuk orang, nanti kita yg kena? So maknanya nak kena doakan yg baik-baik ke? HAHA. Daripada doakan baik-baik utk org, baik aku doakan yg TERBAIK buat aku. WAHHHHH. Kenapa? Sebab aku perlu jaga diri aku lebih daripada aku jaga hal org lain. Ya Allah, jauhkan lah aku dari malapetaka yg ingin menghampiri aku, berikanlah ku kekuatan utk mengharungi masalah dan cemuhan dari mahkluk tidak bertamadun. Semoga aku akan menjadi pelajar cemerlang dan berjaya! Dan jadikan lah aku anak yg dibanggakan ibubapa satu hari nanti. Insyaallah! But, last one, semoga Kau cucuri rahmat ke atas Nazrull Alral B Adnan yg telah kembali ke pangkuanMu.
5-6-92 untill 10-11-12 <3

I love you Boii, SORRY SANGAT tak reply message kau masa tu okay ? :(


Kehidupan berubah

Okay, dah tiba masanya untuk aku berubah. Aku dah malas nak jadi macam dulu. Asyik kena pandang rendah dgn org lain. Kau ni siapa huh? nak judge aku? mak aku? ayah aku? Kalau bukan, then don't talk rubbish with me! I've learn my lesson and you will too okay.

Next, aku dah berangan sangat ni nak tukar kamera baru. Hadoiiiiii, please laaa duit cepat lah masuk dalam purse aku *waiting. HAHA. Well, kamera sekarang bukan tak elok, okay je but tak banyak function sangat bagi org yg study dalam bidang fotografi, ask anyone else.