Blog's Follower

Tentang DSLR yg perlu anda tahu


HAHA, hey people! Sihat? Well, harini aku nak bagi tips or maklumat tentang DSLR yg aku tahu and orang lain patut tahu, but first korang tau tak maksud DSLR tu apa? Yang dah tahu bagus lah, yg belum, ia bermaksud Digital Single Lens Reflex yg di improved dari FSLR. Okay, sebenarnya ramai pengguna DSLR yg tak tahu tentang sensitiviti DSLR ni. Aku akan explain secara ringkas biar korang senang faham okay!

  1. Shutter Count - Shutter count ni ringkasnya bermaksud seberapa banyak kali shutter korang tu telah ditekan. Bila shutter count dah limit, kamera korang tak akan berfungsi dan perlu lah ditukar. Tak apa korang kata? Macam ni, macam kereta juga, kena tukar minyak hitam bila dah capai limit tertentu kan? Macam tu juga dalam hal ni, korang jangan kata takpe, mahal tau! Harga dari RM300-700. Kalau mampu tak apa :) sebab tu ramai orang yg telah tahu tentang ini akan jimatkan shutter count mereka. Kalau kawan-kawan yg ada DSLR kedekut nak shoot gambar korang tu, faham-faham lah ye? HEHE
  2. Weather - Kulat atau bakteria adalah sejenis kotoran yg akan tinggal dan melekat di lens, atau body kamera dalam cuaca yg lembab. Sebab tu korang kena elakkan dari meletakkan kamera korang di dalam bilik berhawa dingin mahupun lembab. YES! Jangan pandang ringan sebab bila korang tinggalkan kamera korang dalam cuaca yg terlalu sejuk, kulat akan memulakan operasi mereka. Sebaik-sabaiknya letak rapi dalam beg :) Apa dia? macam mana nak tengok? okay, buka lens korang dari body, cuba tengok kat dalam tu, bagi Nikon, sila tarik pembuka aperture, kalau dah ada benda macam habuk tu, Itulah fungus! Kalau terlalu panas pun tak elok sebab ni akan menjejaskan sistem dalam body yg overheat especially bila korang letak dalam kereta. Getah pemegang lens juga akan mengembang dan terkeluar dari tempatnya, buruk lah nanti! Utk elakkan benda ini terjadi, simpan sikit duit beli drybox yer? tak mahal pun dalam RM300 dah dapat yg besar macam microwave.
  3. Camera Bag - Ok, yang ni pula, sebenarnya banyak kelebihan dia, bukan setakat utk simpan kamera or lens. Tapi kalau sesiap yg korang berkemampuan nak beli Drybox tu, boleh lah letak dalam beg ni elok-elok. Tolong biasa gunakan beg utk simpan kamera, jangan pegang, if kena ragut? if terlanggar? if tertumpah air? HA! time tu nak menyesal pun tak guna kan? Its much better if letak apa, tak rugi apa pun kan? aku paham korang nak berlagak sikit, hehe, tapi kat beg tu kan ada jenama? Nikon? Canon? Heee, kamera pun tak boleh terdedah dengan environment luar yg kotor, boleh buat kamera berhabuk.
Okay, tu je yg aku ada and nak share kat korang pasal sensitiviti kamera kali ni. Maybe lepas ni aku post tentang perbandingan jenama kamera DSLR ye? thanks for reading. If you love to read more, do follow me yes? i'll promise that i'll write better <3

No comments: