Blog's Follower

Apa itu Jurugambar

Apa maksud photographer or jurugambar? Is it sekadar membeli DSLR (Digital Single-Lens Reflex) dan ambil gambar? Berposing di tempat-tempat yg sentiasa menjadi laluan orang ramai, shopping mall, di semak-samun dan rumah lama? Menunjuk-nunjuk kamera dengan menggantung pada leher? Pakai beg berjenama Nikon atau Canon? Salah! Itu bukan cara yg sebenar.



Sebenarnya aku ni penuntut jurusan fotografi di UiTM Lendu Melaka. Aku melibatkan diri dalam bidang fotografi sejak awal sekolah menengah lagi. 2006, aku join kelab fotografi yg sekolah aku buat. Masa tu pakai kamera digital kompak Canon 5MP je. Tak lah mampu pakai mahal-mahal. Ingat lagi warna biru. Aku tak reti sangat bab shutter speed, ISO or aperture. Sebab masa pakai kamera tu, kan semua auto setting. So, aku terror bab editing pun sebab tengok macam mana org lain kreatif kan gambar mereka. PICNIK, PHOTOSHOP, banyak lah!



Masuk 2008, baru lah first merasa pakai DSLR itu pun sebab aku  jadi jurugambar rasmi sekolah. Memang lah bangga kan? Siapa je mampu masa tu nak pakai kamera macam tu? Susah, tak macam sekarang ni. Okay, the main point is, dulu kalau dapat pegang DSLR memang best, rasa macam kita dipilih untuk membuat gambar tu jadi menarik tapi sekarang ni lain. Kamera DSLR senang dapat, kawan punya lah , sedara punya lah, bang chik punya lahh. Apa semua. Haiihh. Second hand pun ada murah-murah. Nikmat dia dah tak terasa.



Okay, 15 March 2010, tarikh keramat. Bila aku dapat DSLR aku sendiri, syiookkk woo! Tak tidur malam semua sebab nak belajar guna kamera, tapi tak guna if tak baca buku manual :) Sikit-sikit aku belajar, tengok orang, tengok youtube semua, ALHAMDULILLAH, berbekal kan ilmu yg aku kecapi, aku sekarang boleh menggunakan DSLR secara manual atau pun auto :)
Aku cuma pakai Nikon D3000 Kit Lens, tapi lama lepas tu aku tambah battery grip dan Lens Sigma 70-300mm. Seronok memang seronok. Aku belum sepenuhnya memiliki apa-apa jenis speedlite, tapi lepas ni maybe aku beli Nikon SB600 dan Nikon D300s.



Sekarang aku still menyambung cita-cita aku utk mencorak dunia dgn seni yg indah. Dengan bantuan pakar-pakar, aku confirm satu hari nanti, aku berjaya sebagai PHOTOGRAPHER. InsyaAllah! Aku cuma nak pesan pada beginners lain, kita sama-sama lah usaha nak martabatkan nama photographer, bukan setakat show off ada kamera tapi setting tak tau apa. Kalau ada peluang nak sambung dalam bidang photography, jangan fikir banyak, ambil je. Photographer sekarang makin bertambah macam cendawan busut di musim tengkujuh. Bila kita ada skill, ada bakat, tapi takde kelulusan pun org takkan pandang. So think lah weh.


No comments: