Blog's Follower

Tanda-tanda si dia jatuh cinta kat korang!




  1. Orang yang ada crush kat anda takkan boleh bagi sebab kenapa dia suka anda, yang dia tahu kat mata dia hanya ada anda saja.
  2. Si dia akan menerima anda seadanya, di mata nya anda selalu yang tercantik/terhandsome walaupun mungkin anda rasa berat badan anda sudah berlebihan atau gemuk, tetapi paras rupa tak jadi ukuran :p .
  3. Si dia selalu akan ambil berat tentang diri anda, dah makan ke, sihat ke, buat apa sepanjang hari.
  4. Si dia akan hantar sms seperti “good morning” ,“good night, sweet dream”, even anda tak reply pun sms tu.
  5. Si dia selalu ingat setiap peristiwa yang dia lalui bersama anda, yang anda pun mungkin dah lupa, tapi bagi dia, saat seperti itu adalah sesuatu yang berharga baginya.
  6. Si dia selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan even mungkin kata-kata yang anda sendiri lupa pernah mengatakannya.
  7. Kalau anda akan menghadapi exam, dia akan tanya "bila exam?" dan on the day anda exam, dia akan hantar sms “good luck” atau call anda untuk bagi semangat.
  8. Si dia akan memberikan suatu barang miliknya yang anda rasa benda tu tak ada meaning pun tapi bagi dia, terlalu special sampai dia sanggup bagi anda.
  9. Si dia ingin berada dekat dgn anda dan seboleh-bolehnya nak habiskan masa dia dengan anda.
  10. Jika suatu hari nanti, anda harus berpindah ke tempat lain, dia akan menjadi orang yg paling sedih seolah-olah anda berdua telah lama berkawan baik.
  11. Si dia kebiasaanya berlagak/berperwatakan lebih seperti family kerana ingin menjaga dan melindungi anda.
  12. Si dia cepat berubah mood bila anda bercerita tentang ex anda atau lelaki/perempuan lain di hadapan dia, maklum lah cemburu.
  13. Si dia akan buat benda-benda bodoh seperti call anda 100x dalam sehari, atau kejut anda tengah-tengah malam sebab waktu itu si dia sedang merindui anda.
  14. Jika anda memintanya untuk mengajar sesuatu maka si dia akan mengajar dengan sabar walaupun anda mungkin orang yang terbodoh di dunia dalam perkara itu!
  15. Kalau anda usha handphone si dia, nama anda akan menghiasi sebahagian besar “INBOX” si dia. Yesss! Si dia still simpan sms dari kamu even sms tu dah berbulan lamanya bahkan bertahun!
  16. Jika satu hari nanti anda merindukan si dia dan ingin memberikan si dia peluang, si dia akan sentiasa menunggu anda sebab si dia tak pernah mencari orang lain. Yeppp…………si dia selalu menunggumu.



No comments: